Artikel ini adalah artikel terbaru di blog raja adsense.

Kat sini saya tulis kembali untuk panduan para newbie yang baru nak bermain main dengan google adsense. Artikel penuh ada pada blog saya.


10 sebab kenapa akaun adsense tak diluluskan:


1. Pernah kena ban sebelum ini. Google sangat strick tentang perkara ini. Mereka yang pernah kena ban akan diblacklist buat selama lamanya. Tapi ada cara untuk dapatkan balik.
. Tunggu post akan datang la ye.

2. Blog tidak berkualiti. Tidak kira anda guna blog dot com atau blogspot. Pastikan blog anda berkualiti agar staff Google berasa berbaloi untuk luluskan akaun Google Adsense anda. Kalo buat cincai pastu apply Google Adsense, pasti diorang reject. Jadi pastikan anda buat blog berkualiti.


3. Post atau artikel yang sedikit. Jangan buat satu post, terus apply Google Adsense. Dalam panduan raja adsense, saya ada sarankan buat 2 post sehari selama beberapa hari. Seeloknya seminggu. Baru lah apply.


4. Blog MFA atai Made For Adsense. Untuk apply Google Adsense, jangan nampak sangat blog anda dibuat untuk google adsense. Google mahukan hubungan yang berpanjangan dengan anda. Jangan tunjukkan anda buat untuk short term.


5. Pengunaan gambar/imej erotik. Jangan sesekali guna imej wanita seksi seolah olah blog “orang dewasa” atau seks related. Staff google tengok pasti takkan approve kerana mereka akan cop anda sebagai “otak biru”. Dalam terma dan syarat pengiklanan google, mereka tak benarkan laman web seks related diiklankan di dalam sistem mereka.


6. Artikel dalam Bahasa Malaysia. Staff Google adalah mat salleh atau english speaking person. Mereka tak faham BM la. Kalo apply dengan bahasa Malaysia, mereka akan cop ” unsupported language” sebagai alasan menolak blog anda tu. Jadi jangan sesekali apply Google Adsense dengan blog BM atau campur.


7. Bahasa Rojak atau bercampur campur. Jangan apply Google Adsense dengan blog yang tak konsisten bahasanya. Sekejap english, sekejap BM. Boleh nak buat blog BM, tapi lepas anda dah dapat akaun Google Adsense. Lagipun iklan BM dah semakin banyak sekarang ni.


8.Mengunakan nama pena atau nick name. Jangan sesekali anda guna nama pena untuk apply Adsense. Ini adalah kerana ia menyukarkan untuk anda menuntut wang tu nanti. Guna nama yang betul. Jika staff google meragui, mereka tak approve. Apatah lagi kalo anda guna nama OSAMA LADEN. Guna anda yang sebenar.


9.Dah ada akaun Google Adsense. Jangan apply akaun Google Adsense jika anda dah ada akaun Google Adsense.Ini terjadi bila kes lupa password akaun Google Adsense.Anda boleh dapatkan kembali password anda dengan sistem diorang tu. Guna akaun adsense yang ada tu untuk semua laman web anda.


10.Alamat sama dengan mereka yang pernah kena ban. Contohnya abang anda pernah kena ban dengan Google Adsense, anda apply. Mereka takkan luluskan kerana alamat yang sama dengan mereka yang telah diblacklist.


Ini adalah antara 10 sebab kenapa akaun adsense anda tidak diluluskan oleh Staff Google. Mereka agak strick sejak kebelakangan ini kerana penyalahgunaan akaun adsense. Ada pengiat adsense di Malaysia ini yang melanggar terma dan syarat mereka seperti menyuruh pelawat klik iklan, menawarkan hadiah, misleading info dan sebagainya.


Artikel penuh anda boleh ke blog raja adsense..


http://rajaadsense.com/blog/2009/05/...iluluskan.html